Thursday, December 24, 2009

Haihhh...

Astaghfirullah....



Gua ada blog ke?

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


p/s: .....apa?....hah, apa?.......

Wednesday, December 16, 2009

Mari membuat ayat

Sedang gua rilek rilek baca paper online, tiba tiba gua teringat masa gua tingkatan 3 dulu. Gua terjumpa beberapa perkataan yang mengimbas pada zaman jahalla gua bersekolah di sekolah yang ranking gengsterisme nya agak tinggi di Kuantan pada masa tu. Walaupun gua terlibat juga secara sipi sipi dalam aktiviti mafia sekolah, gua tak abaikan pelajaran gua.


Salah satu subjek kegemaran gua adalah Bahasa Malaysia. Memang la tak susah macam subjek Termodinamik atau Kalkulus bagai tu semua....gua suka BM bukan sebab dia senang. Gua suka sebab boleh menguji kemahiran gua mengutuk member member gua secara tak langsung dengan menggunakan latihan membuat ayat yang cikgu gua bagi.


Masa subjek BM, cikgu gua tu suka suruh kita orang buat ayat dari perkataan yang dia cari kat mana mana entah. Biasanya perkataan yang agak susah dan juga perkataan yang agak baru pada masa tu. Biasanya cikgu gua akan bagi 2~3 perkataan.

"Ya, murid murid semua....cikgu nak kamu semua buat kan satu ayat menggunakan perkataan setiap satu ini. Stigma, prasarana dan mekanisma."


Gua tengok ramai yang kelam kabut cuba buat ayat ayat tu semua. Gua cam biasa...rilek je, padahal gua sendiri pun bukan tahu sangat maksud perkataan tu semua. Tapi itu tak menjadi penghalang pada gua untuk siapkan 3 ayat tu dengan kelajuan bunyi maksima.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


"Gua dendam lu!", bisik Fakhrul Anuar bin Abdullah pada gua.

"Lahanat ko Mie....jgn harap aku nak ajak ko tengok cerita blue kat rumah aku nanti", Amran ugut gua dengan senyum tawar.

"Gua belanja lu nasi lemak 2 hari berturut turut", Lokman Taha tepuk bahu gua sambil pau rokok surya yang gua padamkan separuh...stok semalam.




Gua senyum....
Puas.
Seluruh kelas ketawa termasuk budak cina bukit sebelah gua yang tak paham apa apa tu pun ketawa jugak....
Gua nyanyikan lagu Megadeth, Sepultura dan Kreator secara medley dalam bahasa melayu.








* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Ayat 1: Pak Dollah telah memukul Fakhrul Anuar dengan begitu teruk sekali kerana Fakhrul Anuar tidak tahu maksud perkataan stigma sehingga dia lari dari rumah.

Ayat 2: Amran gusar takut dimarahi gurunya kerana sejak akhir-akhir ini dia gagal siapkan ayat yang gurunya bagi, contohnya latihan membuat ayat dari perkataan prasarana.

Ayat 3: Mekanisma yang Lokman bin Taha gunakan untuk mendapat perhatian rakan-rakan adalah dengan cara belanja rakannya nasi lemak untuk beberapa hari.

Gua ada buat ayat ni jugak secara pukul rata...tapi gua padam. Kesian.
"Bodoh betul Fakhrul Anuar, Amran dan Lokman tu. Perkataan stigma, prasarana dan mekanisma pun tak tahu."

Thursday, December 10, 2009

Siri bercakap dgn henpon....

Ngennngggg...ngengggg...ngenggggggggg....bunyi ringtone solo November Rain kat henpon slide gua yang selalu hang tak pasal pasal. Macam celaka punya manja henpon jenis slide ni. Gua setting ringtone tu kat bunyi sms henpon gua. Gua baca...



"Pengumuman dr Syarikat SHELL MLSY SDN BHD. No'simkad anda Berjaya dalam Cabutan BERTUAH Rm15.000,00. U/Maklumat sila dail 012-8112560 Terimakasih"



Baru je gua doa2 moga ada orang bank in sejumlah wang besar kat gua tempoh hari. Gua melompat gumbira, berguling atas pasir pantai serta hampir azan kat surau...










nota hujung 1: gua tak tipu ok, gua mmg gembira...tapi bukan pasal gembira dpt SMS tu, gua gembira ngan xtvt timbilding gua kat PD...
nota hujung 2: macam celaka nahu dan struktur bahasa dari management SHELL tu kan utk bgtau kemenangan simkad gua kononnya...
nota hujung 3: gua reply kat bangsat tu, "tahniah juga pada anda, nombor telefon anda sudah di serahkan pada pihak polis...anda akan di buru dengan segera"

Friday, December 4, 2009

Mari berkursus

Sok gua nak gi kursus kat Port Dickson 2 hari 1 malam.
Bukan kursus kahwin tapi kursus ala ala motivasi. Tim bilding namanya...
lama benar gua dah tak pegi kursus.

Best woo kursus kursus ni. Makan minom free, main tido pun sedap.
Tambah lagi dapat bilik sorang satu....syurgawi!

Yang tak bestnya, time2 tu la tengah sesak duit tak berapa nak ada angkara bajet yang tak reti duduk diam....asyik nak lari je bajet ni...

Memang la makan, minum, berak tempat tido,
transformer transport free. Tapi takkan nak bawak singgit dua je bawak bekal. Nasib baik ada makhluk tuhan yang baru bank in kat gua RM3 juta tengah hari tadi. (ok..ok...gua tipu, tapi gua masih berharap tiba2 duit dalam bank gua tiba tiba jadi banyak).

Cilakak punya barang!








nota hujung: gua redha je kalau terpaksa pau pinjam duit bini....

Thursday, December 3, 2009

Owhh...gua kebasahan hari ini....

Dari 2 jam setengah tadi gua duk mengadap skrin serta keyboard kompiter ni untuk post entri ilmiah untuk hari ini.

Cuma perkataan celake, basah dan babi babas silih berganti bermain di ruang minda gua.

Untuk mengelakkan konflik berpanjangan, gua sudahi dengan pantun ini;

Pucuk ubi buat ulam,
Gua akhiri dengan salam.





Sekian terima kasih.








p/s: gua emo ini hari

Wednesday, December 2, 2009

Terngiang-ngiang





entah apa ke jadah dari semalam asyik terngiang ngiang lagu zaman rock kangkang gua dulu dulu ni....


gua rasa takde jalan lain dah, selain melempiaskan riff riff gitar dalam lagu ni keluar dari benak gua ke blog entri kali ni.


seingat gua, member gua Sharpe yang jadi cikgu sekarang ni la yang ajar gua dengar lagu lagu rock omputih ni masa kita orang form 2.


beli kaset cap apache kat kompleks teruntum pastu layan kat mini kompo bapak gua...huh....














p/s: gua dengar Sharpe dah tak rock langsung sekarang, kabarnya sekarang layan lagu techno je....

Tuesday, November 24, 2009

Bermalas malasan...



BLUEBERRY CHEESECAKE


INGREDIENTS A: BASE BISCUITS
120 gm biskut chipsmore
2 s/b butter

METHODS:
1. Mesinkan halus biskut.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.

INGREDIENTS B: FILLING
250 gm krim keju Philidephia
70 gm butter
120 gm fresh cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam (asingkan kuning dan putih telur)
2 s/b blueberry filling

TOPPING:
Filling blueberry (boleh dibeli siap dari kedai alat kueh/kek atau dalam tin dari supermarket)

METHODS:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit.
2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur dan juga pemukul telur kering dari minyak atau air.
3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream / whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul algi sehinggga rata.
5. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
10. Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit. Bila telah masak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
11. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
12. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.


**********************************************************************************

hmmmmmm....agak ilmiah juga entri gua kali ni....gua kalau malas camni la, teringat nak makan je.....apa barang apdet blog hari hari....










p/s: gua benarkan resepi di atas boleh di ambil oleh sesiapa sahaja...jgn lupa pos pada gua skit...
p/s 2: member2 yg duk Kuantan, bleh order kat sini...

Thursday, November 19, 2009

Dia seorang soldadu

Kecenderungan kawan kawan termasuk aku pada kerjaya pasukan berseragam masa sekolah sekolah dulu memang tinggi. Siapa yang tak join kadet kira kodi abis la. Mesti kena kutuk, paling tidak kena pulau je. Masih ingat kawan aku, Wa Dollah yang saiznya paling tak cukup inci masa tu pun ada cita cita nak jadi pegawai polis.

Namun selepas SPM, cuma tinggal beberapa kerat je yang masih taksub dan teruja dengan cita cita masa kanak kanak dulu. Mungkin kerana terpaksa ada juga lantaran ilmu sifir matematik kurang lancar. Pernah juga aku apply jawatan inspektor selepas STPM dulu, tapi awal awal lagi borang kena reject. Aku syak ayah aku pakai orang dalam suruh orang comot comotkan borang aku tu sebab dia tak suka aku jadi polis. Biar jadi menteri jangan jadi polis katanya.

Aku tak berapa ingat dah di kalangan geng geng Galing Kem aku, berapa ramai yang masuk jadi tentera dan polis. Geng rapat aku Joe Mahmud sekarang dah jadi Inspektor Shahab. Din Zimbo bila dia nak jadi ASP aku tak pasti. Edi Norzamri, Sahar Musang, Esot, Nizam Uban dan Azam Uban khabarnya masih dalam bidang ketenteraan ATM dan TUDM. Ada juga yang aku dengar buat perangai cam main polis sentri, lari dari training askar sebab tak tahan berjauhan dengan mak ayah barangkali.

Aku kira, cita cita aku sebelum ni nak jadi pegawai beruniform sedikit terlaksana sekarang. Kerja kilang.....ada uniform jugak apa!









**nota hujung: cilake Adi, lu mesej gua lu gugel bumi tadi... Air Keruh Galing Kem masih ada! Gua terus teringat saat gua lemas kat situ.

Friday, November 13, 2009

Galing Kem 2 part 2

Sherry atau nama maskulin dia Shahrom. Tua dua ke tiga tahun dari gua. Gua syak kecenderungan permainan masa zaman kanak kanaknya lebih pada permainan perempuan. Ada patung Barbie, set masak masak mainan, getah ikat rambut rambu ramba dan juga alat mekap mini...agaknya.

Menjengah usia remaja belasan tahun lepas SPM, ilmu patah tulang nya makin mantap. Suara ada dua tune. Tune gadis volume 3 dan juga vokal abang besar persis raksasa mengaum. Gua pernah dengar khabar angin yang dia ada skandal dengan sorang member gua ni yang di gelar Din Zimbo. Din Zimbo sebaya gua, kidal orangnya. Handal main karom dan juga sepak bola laju macam keretapi peluru Jepun. Sakit hati juga tengok dia gelecek bola macam ada magnet kat kaki. Nakal, buas, lari laju....jeles jugak la budak budak baya gua ngan dia ni.

Tapi skandal Din Zimbo ngan Sherry gua tak pasti kesahihannya. Yang sahih, dulunya Din Zimbo antara budak tipikal nakal Galing Kem. Sekarang dah kerja polis gerakan am. Tinggal kat Galing Kem jugak....anak beranak kerja polis duduk satu kem. Bapaknya dah pencen kot cam bapak gua.

Tentang Sherry pulak, member gua Cuni penah hello kat gua 2 tahun lepas cerita pasal Sherry. Sherry dah bukan bapok lagi, kata member gua dalam tepon bersungguh sungguh. Nama Sherry sudah dibuang jauh jauh. Beliau sudah berkahwin, anak dua orang. Pakai smart dan hensem....ada misai nipis dan janggut dua tiga helai. Kalau dia tak tegur member gua si Cuni tu, haram tak kenal dia punya.

Manusia boleh berubah. Asalkan ada keinginan dan berusaha nak berubah, lu orang boleh berubah. Percayalah.....cam gua, gua cakap nak berenti merokok tahun ni....gua akan....errr...dah hujung tahun dah ni....gampang, gua bukan nak story pasal berenti merokok.

Sahar Musang, manusia poyo zaman kanak kanak gua. Kali terakhir gua jumpa dia, dia baru balik training askar. Masih poyo.....dan tak best langsung!!!

Thursday, November 12, 2009

Galing Kem 2

"Apa yang best kat Bukit Galing Kem?"
tanya member gua sorang kutu dari Bukit Sekilau...dua bukit yang berjiran...

"Huh...banyak!!! Ada kolam ikan, padang golf, padang tembak, kereta perisai purba, air terjun, padang sahara, court takraw....ada Sahar Musang...banyak la..."
gua jawab bersahaja.

"Sahar Musang??? Aku nak kawan ngan dia boleh? Cam rock je dia tu..." balas member gua sedikit teruja.




Macam gampang.....gua malas nak layan dia dah. Berkawan ngan Shahrum @ Sherry 'au 'au tu lagi baik la. Getus gua dalam hati.



Bersambung....

Friday, November 6, 2009

Galing Kem

Kem Bukit Galing, Kuantan, Pahang....tempat kencing berak gua dari kecik kecik budak membawa ke umur 21 tahun sebelum ayah gua berpindah ke Kuala Terengganu pada tahun 1995 kalau gua tak silap. Kem polis hutan tersebut meninggalkan 1001 memori kat gua. Teringin jugak sekali sekala gua nak menjejakkan kaki ke sana tengok tempat tempat bersejarah gua dan kawan kawan gua bergelumang masa dulu dulu.

Nama nama member dan budak budak Galing Kem yang gua kenal dan cukup legend masih terpahat kemas di bucu kiri otak gua. Sekali teringat, boleh bawak senyum dan mengekek sorang sorang jugak. Entah apa cerita dia orang, lama sungguh tak jumpa. Ada la 3 ke 7 kerat yang masih gua kontek helo helo mesej mesej....yang lain entah ke mana perginya.

Tinggal dalam komuniti anak anak polis ni memang lain macam seronoknya. Geng geng sebaya tu agak ramai. Macam macam pe'el. Semua berat kepada perkara tak senonoh. Kalau main apa apa, tak ingat dunia. Yang best, permainan ikut musim. Bermula dengan main guli, main tepuk tepuk daun kad, main laga spider....tengok spider siapa yang king, polis sentri yang kena nyanyi sebelum main untuk tentukan geng masing masing....lirik dia lebih kurang gini, "polis sentri, one two jaga...polis mati, pencuri jaga". Main bola tin, main layang layang....biasanya hujung tahun budak budak semua obses main layang layang buatan sendiri, tali pakai benang jahit mak. Kalau jenis mak nya tak reti menjahit, terpaksa beli sendiri benang kat kedai.

Dah besar sikit.....main gitar sambil hisap rokok sembunyi sembunyi, main golf....huh, jadi kedi sebenarnya. Macam macam lagi la jenis permainan yang hampir semuanya melalaikan umat manusia jika dimainkan pada waktu ini. Port tempat main akan jadi sunyi sepi kalau kat tv masa tu ada tayang cerita "hayata become otromen".....ah, tu standard!

Sekeliling kem tu, ceruk mana gua tak pernah pegi. Habis semua gua jelajah ikut kawan kawan yang otai sikit dari gua pada masa tu. Paling happening, ada port mandi mandi. Ada dua tempat, air keruh ngan peta. Kolam air keruh atau nama rahsianya AK tempat gua mula mula belajar berenang. Tempat 1st time gua merasa pengalaman lemas telan air blurp blurp....air dah le bau hanyir, keruh kaler neskepey susu, banyak tunggul kayu dan dasar dia berselut. Lokasi dia pulak jauh dari kediaman manusia di hujung hujung kem sana. Kalau mak bapak masing masing tau wi'ols pergi sana, boleh membawak hukum kena halau dari rumah. Tak pikir pasal bahaya langsung.

Kolam peta pulak, kawasan air terjun kecik terbentuk secara semulajadi hasil gelinciran glasier pada zaman ais agung barangkali. Dia punya bentuk hampir serupa ngan peta semenanjung. Kedalaman "hampus" sesuai untuk aktiviti ekstrem seperti menyelam tengok labi labi atau udang putih celah batu. Kapasiti maksimum 4 orang saiz umur 12 tahun je boleh duk dalam kolam peta tu. Kena ikut turn la kalau pegi ramai ramai.

Siapa siapa pun, kebanyakan kenangan masa bebudak dulu memang cukup manis kan. Duk pikir nak main je....takde langsung nak pikir jadi jutawan atau angkasawan. Antara nama bebudak galing kem yang buat gua tersenyum sendiri bila teringat:
Sahar Musang, adik beradik Azam n Nizam Burn, Sham Jalil, Wari aka Erry, Azan, Joe Kucing, Joe roti canai, Mie Pendek, Mie Kepala Besar, Mie Vokay, Ali aka Ronnie, Samsul Majid air aka Albert de Destroyer, Shahril anak pegawai, Abon anak pegawai, Aneh, Pai, Edi Norzamri, Esot, adik beradik Sazian n Erri n Jedi, adik beradik Mer n Meli, Udin Sagat, adik beradik Lan n Usop, adik beradik Yusman kunta kinte n Aman, Ije, Amir Ghaib, Atan Kerengge....owhhh, ramai...ramai lagi.....

Kalau berjumpa lagi ramai ramai dia orang tu sekarang ni....sahih 3 hari 3 malam tak abis cerita. Dan juga, kalau ada siapa siapa yang terbaca blog gua ni mengenali gua dan masih tak malu mengaku dia asal dari galing kem, boleh la kontek gua segera. Gua cadang nak buat re-union kat stadium bukit jalil, tak pun kat stadium darul makmur kat kuantan nun.....grand bukan?











nota hujung: al-fatihah buat kawan sepermainan gua masa kat galing kem dulu, arwah Zaini yang meninggal dunia 2 hari lepas akibat sakit jantung.

Tuesday, November 3, 2009

Sukses ke?

sekadar gambar hiasan...



Gua berjaya!
Ya, gua berjaya sisihkan blog gua lebih kurang seminggu...hajat gua, malas nak update selama setahun. Tapi bimbang juga blogger dot com aka blogspot ni simpan hasad dengki kat gua. Tau tau blog tak semenggah gua ni terus lenyap dari arus virtual ni.

Bukan takde idea nak menconteng kat sini. Tapinya, idea idea yang ada semuanya berat pada nak mencarut ngan buat kelucahan melampau je. Gua simpan je la...

Gua boleh je nak bagi entri gua ter update setiap masa. Apa susah, tampal je link mp3 atau link movie....bagi makhluk makhluk yang tersesat kat blog gua ni sedut tanpa mengucapkan terima kasih atau sedekah seribu dua kat gua. Ye la...bukan link yang gua upload pun. Apa barang?


Seminggu dua ni gua banyak habiskan masa berkualiti gua kat tempat kerja gua ni dengan melawat laman sesawang orang lain. Tinggal kan komen se das dua kat blog blog yang gua rajin singgah. Pastu pegi sedut lagu mp3 permintaan kenkawan (ingat gua "DJ sedut" ke nak mintak mintak lagu), sedut movie pecah panggung kat rapidshare dan tak lupa juga klip klip porno serakah pemberian group pakcik google...huh...

Dalam pada tu, gua tak lupa update fesbuk gua sambil add kenalan kenalan baru yang punya kepentingan tersendiri. Gua harus licik dalam hal ini. Gua banyak projek besar nak buat lepas kompeni gua kerja ni melingkup satu hari nanti. Harap harap projek gua berjalan lancar macam projek angkasawan negara. Tapi kan...gua tak plan lagi sebenarnya apa projek yang bakal gua buat nanti. Apa salahnya gua doakan dulu yang baik baik pasal ni kan?

Dah...gua nak pergi cek emel gua. Pastu gua nak melawat blog orang lain pulak. Bukan nak tiru blog orang lain...tak baik tau. Sekadar ambil inspirasi tak apa, jangan buat perangai pegi salin dan tampal kat blog sendiri...pastu claim kat gadis gadis lu lah orang yang hebat ada blog ramai followers. Dalam hal ni, gua saspek...respek abis kat tuan punya blog kesukaan ramai ni hendel macam ragam manusia. Sebab tu gua selalu singgah dan follow blog dia orang, cam gadis pemuja artis pulak gua ni...uwekkkkks!










nota hujung: gua takde masa nak upload2 gambar kat entri gua ni.....
nota hujung 2: takde masa = tak pandai = baru belajar tadi.....celaka!!

Monday, October 26, 2009

Sibuk...lagi......

Je suis occupé (Perancis)

Ich bin beschäftigt (Jerman)

मैं व्यस्त हूँ (Hindustan)

Mi sono occupato (Itali)

Estou ocupado (Portugis)

Ben meşgul am (Turkistan)


Tu lah dia...antara bahasa bahasa di dunia yang semuanya membawa maksud:
AKU SIBUK


Ya! Sebab tu blog aku ni cam terbengkalai je....di biar sepi beberapa hari....
Asal je nak post entri baru, ada je halangan menimpa. Halangan halangan tersebut aku lebih suka istilah kan kepada ayat SIBUK. Aku sibuk...sibuknya aku.....korang sibuk apa?




p/s: berjaya mengepos entri ni dlm kadar kesibukan seorang Pengurus bursa saham....

Sunday, October 18, 2009

Open house musim perayaan

Pernah pegi open house pagi2 buta? Takde la buta sangat....dalam kul 7.45am ke atas camtu la. Happening gak buat open house pepagi ni. Ada ustaz kat tempat aku telah memelopori acara open house di pagi hari (entah2 sebelum ni memang dia buat pagi pagi saban tahun, aku je yang tak tahu...huhuh).

Biasa biasa orang jemput time tengahari membawak ke malam. Sekali dapat jemputan untuk waktu pagi, kepelikan jugak la. Tapi aku layan je...makan free punya pasal. Pagi Sabtu tak jadi masalah besar untuk aku bangun awal. Bunyi alarm anak aku mintak susu sesudah subuh tidak memungkinkan aku bangun lewat pagi tu. Ada yang sengal berani cuba nak buat open house pagi pagi time kerja? Yakni hari opis hour...maksud aku bukan kat opis tapi kat umah la...hah, buat la.

Syawal pun dah berada di penghujungnya. Minggu depan takde la dah jemputannya. Camne bajet mereka2 yang buat umah terbuka tu ye? Berapa juta entah abis....
Kenkawan sibuk duk tanya aku bila nak buat open house....huh, tunggu la aku jadi jutawan dulu!!

Satu lagi pasal open house ni pasal niat tuan rumah tu. Kita boleh nampak niat tersirat selain nak jamu kenkawan, sedara2, jiran2 serta segala tetamu datang makan makan. Tak kisah la korang korang yang buat open house tu nak tunjuk apa yang tersurat dan tersirat tu. Janji kau jemput, aku datang...aku balik, aku kenyang! Aku ikhlas apa perabis kan makanan korang....
next time jemput la lagi ye, sekian terima kasih.




**nota hujung: celaka! tak guna pengganti diri gua lu pun rock jugak kan...apehal...
***nota hujung 2: bapak la sedapnya steamboat kat open house orang tu...tak dapat kambing golek pun takpe...

Thursday, October 15, 2009

bz a.k.a. sibuk

Gua bz. Ke hulu ke hilir tak tentu arah. Mesin basuh pun tak camni.

Nak online pun susah sebab bz. Sia sia je kan kompeni bagi kemudahan online secara tak rasmi dengan kelajuan kapal angkasa kalau tak dapat gunakannya. Satu kerugian yang amat.

Entah apa yang gua bz sangat hari ni....sesi sesi download lagu ngan link movie haram satu pun tak dapat hari ni.

Tu la, sapa suruh tak beli perkakasan penyambungan internet kat rumah....huh!




Nota hujung: Best gila online kat tempat keje...free dan laju!!

Wednesday, October 14, 2009

Mencari kedamaian ...

Suatu senja lewat 80'an itu....

Gua resah, gelisah....syiling ada 40 sen.....kahak menggelimut dalam tekak gua. Gua harus pantas bertindak untuk menghilangkan ketidaktentuan dalam diri gua.

Gua tahu. Gua kena cari kedamaian....kedamaian itu cuma terdapat di situ. Budak2 baya gua masa tu memang suka menuju ke situ jugak.

Bukan apa-apa pun...kat situ cuma kedai. Anak tokey tedai tu kawan gua jugak. Dah lama benar gua tak jumpa dia. Makin nampak tua kah dia atau sudah macho persis brad pitt. Kawan2 gua gelarkan dia muka tua sebab dia memang nampak tua tak sepadan usianya.

Gua tak de la nak kutuk dia lebih lebih masa tu. Bimbang jugak dia akan bocorkan rahsia gua pada mak ayah gua. Ye la kan, pegi kedai dia takde lain dah. Beli rokok secara runcit, beli secara borong jarang jarang la masa tu. Sekolah lagi maa, mana ada duit sangat masa tu. Lesen pun tak lepas lagi.....

Dengan 40 sen yang ada kat gua, lepas la Dunhill sebatang ngan gula2 hacks untuk cover bau kononnya. Lepas pekena kat port rahsia, cepat2 gua balik.

Terima kasih Mat Yaman! Kedamaian gua ditemukan di kedai Yaman pada senja itu...
kedamaian=kedaiyaman, comel bukan?




p/s: mana entah aku dapat ayat menggelimut tu.....

Tuesday, October 13, 2009

sesaje sengal-sengalan....

Dah berbulan-bulan, dah masuk tahun dah....konon nak create blog utk aku lempiaskan rasa hati, waaa...macam nak lepaskan nafsu plak....
sindrom kering idea memang lumrah bagi blogger, tapi bagi aku yang baru nak mula ber blog tak pasal2 memang takde idea apa kes? Jadi apa tujuan aku menambahkan lagi statistik blogger di blogspot ni???
Ah, suka ati aku la.................hahahahaha (kurang sikit dari ketawa penjahat).