Friday, November 6, 2009

Galing Kem

Kem Bukit Galing, Kuantan, Pahang....tempat kencing berak gua dari kecik kecik budak membawa ke umur 21 tahun sebelum ayah gua berpindah ke Kuala Terengganu pada tahun 1995 kalau gua tak silap. Kem polis hutan tersebut meninggalkan 1001 memori kat gua. Teringin jugak sekali sekala gua nak menjejakkan kaki ke sana tengok tempat tempat bersejarah gua dan kawan kawan gua bergelumang masa dulu dulu.

Nama nama member dan budak budak Galing Kem yang gua kenal dan cukup legend masih terpahat kemas di bucu kiri otak gua. Sekali teringat, boleh bawak senyum dan mengekek sorang sorang jugak. Entah apa cerita dia orang, lama sungguh tak jumpa. Ada la 3 ke 7 kerat yang masih gua kontek helo helo mesej mesej....yang lain entah ke mana perginya.

Tinggal dalam komuniti anak anak polis ni memang lain macam seronoknya. Geng geng sebaya tu agak ramai. Macam macam pe'el. Semua berat kepada perkara tak senonoh. Kalau main apa apa, tak ingat dunia. Yang best, permainan ikut musim. Bermula dengan main guli, main tepuk tepuk daun kad, main laga spider....tengok spider siapa yang king, polis sentri yang kena nyanyi sebelum main untuk tentukan geng masing masing....lirik dia lebih kurang gini, "polis sentri, one two jaga...polis mati, pencuri jaga". Main bola tin, main layang layang....biasanya hujung tahun budak budak semua obses main layang layang buatan sendiri, tali pakai benang jahit mak. Kalau jenis mak nya tak reti menjahit, terpaksa beli sendiri benang kat kedai.

Dah besar sikit.....main gitar sambil hisap rokok sembunyi sembunyi, main golf....huh, jadi kedi sebenarnya. Macam macam lagi la jenis permainan yang hampir semuanya melalaikan umat manusia jika dimainkan pada waktu ini. Port tempat main akan jadi sunyi sepi kalau kat tv masa tu ada tayang cerita "hayata become otromen".....ah, tu standard!

Sekeliling kem tu, ceruk mana gua tak pernah pegi. Habis semua gua jelajah ikut kawan kawan yang otai sikit dari gua pada masa tu. Paling happening, ada port mandi mandi. Ada dua tempat, air keruh ngan peta. Kolam air keruh atau nama rahsianya AK tempat gua mula mula belajar berenang. Tempat 1st time gua merasa pengalaman lemas telan air blurp blurp....air dah le bau hanyir, keruh kaler neskepey susu, banyak tunggul kayu dan dasar dia berselut. Lokasi dia pulak jauh dari kediaman manusia di hujung hujung kem sana. Kalau mak bapak masing masing tau wi'ols pergi sana, boleh membawak hukum kena halau dari rumah. Tak pikir pasal bahaya langsung.

Kolam peta pulak, kawasan air terjun kecik terbentuk secara semulajadi hasil gelinciran glasier pada zaman ais agung barangkali. Dia punya bentuk hampir serupa ngan peta semenanjung. Kedalaman "hampus" sesuai untuk aktiviti ekstrem seperti menyelam tengok labi labi atau udang putih celah batu. Kapasiti maksimum 4 orang saiz umur 12 tahun je boleh duk dalam kolam peta tu. Kena ikut turn la kalau pegi ramai ramai.

Siapa siapa pun, kebanyakan kenangan masa bebudak dulu memang cukup manis kan. Duk pikir nak main je....takde langsung nak pikir jadi jutawan atau angkasawan. Antara nama bebudak galing kem yang buat gua tersenyum sendiri bila teringat:
Sahar Musang, adik beradik Azam n Nizam Burn, Sham Jalil, Wari aka Erry, Azan, Joe Kucing, Joe roti canai, Mie Pendek, Mie Kepala Besar, Mie Vokay, Ali aka Ronnie, Samsul Majid air aka Albert de Destroyer, Shahril anak pegawai, Abon anak pegawai, Aneh, Pai, Edi Norzamri, Esot, adik beradik Sazian n Erri n Jedi, adik beradik Mer n Meli, Udin Sagat, adik beradik Lan n Usop, adik beradik Yusman kunta kinte n Aman, Ije, Amir Ghaib, Atan Kerengge....owhhh, ramai...ramai lagi.....

Kalau berjumpa lagi ramai ramai dia orang tu sekarang ni....sahih 3 hari 3 malam tak abis cerita. Dan juga, kalau ada siapa siapa yang terbaca blog gua ni mengenali gua dan masih tak malu mengaku dia asal dari galing kem, boleh la kontek gua segera. Gua cadang nak buat re-union kat stadium bukit jalil, tak pun kat stadium darul makmur kat kuantan nun.....grand bukan?











nota hujung: al-fatihah buat kawan sepermainan gua masa kat galing kem dulu, arwah Zaini yang meninggal dunia 2 hari lepas akibat sakit jantung.

10 comments:

jesmondhr said...

kawan baru nih x nak jumpa ? kuantan mali juga looooo...hehe


-wardah-

Mie Master^G said...

bulehhh....jgn lupa sediakan kek eskrim ye...hehe

Lin said...

salam mie

mungkin u all ni batch bawah pada kita orang, saya ROSELIN RAJAB duduk di Blok J5 no rumah G197... depan rumah yusni...

kita orang adalah batch pertama iaitu yang mula pindah dari kem alor akar ke galing kem...

air terjun PETA itu adalah hasil titik peluh kita orang yang meneroka dan tasek air keroh tu pulak tempak kita orang mendalami ilmu meneroka dunia bawah air dan selain mandi kami memancing di situ...

padang sahara untuk makluman u all pernah banjir dan menjadi seperti tasek adanya ... masa tu kami enjoy katak mandi tapi kena marah dengan TUAN Seram yang rumah dia kat atas sahara tu...

itulah sedikit cebisan kenangan yang boleh saya maklumkan

salam

Anonymous said...

Salam.

rasenya saya OTAI Kem Galing. duk sana dari mula pindah dari Alor Akar Camp sampai ikut bapak pindah ke Kedah tahun 1977. Kau orang nak tahu tasek yang air keroh tu pernah makan orang ,dua orang budak perempuan. Air terjun peta tu antara favourite place kalau nak ponteng mengaji. Aku punya nick name Nuar Tambi... geng sewaktu dgn aku Mie Kucing, Lan Katak. Kita duduk di Berek Dreber. Kalau lawan bola selalu kalah dengan Berek Platoon. Oh ya kalau dah World Cup zaman aku dulu ada juga tapi hadiah 1 bungkus cokelat

Anonymous said...

aku da duk galing kem dari tahun1996 smpai 2010...kolam peta 2 ade agy tp kolam yg keruh da xde da sbb da kene timbus...wat jungle treking kat situ...galing kem da maju..xde uma papan da..sume rumah flat....nme aku firdaus rosman...sape2 knal add la kat fb..fras_91@yahoo.com....cauZ~

Anonymous said...

ooo..sy dduk galing kem sjk lhir..1989..till now 2011..even spttnye da bpe kali bpk sy dpt tkr ke tmpt len, sume dy tolak..hehe..1001 kenangan..skrg da ad blok bru..cm apartmen

Mie Master^G said...

welkam all otai n newbie x-galing kem....sgt bz utk apdet blog!

Anonymous said...

bro kalau nak tengok anak-anak galing kem bukak facebook bro cari belia galing kem..sana ada ramai kawan2 termasuk member ko iaitu albert, yusni minhad dsbnya, aku nie anak tuan mad Pegawai Semboyan...sebelah rumah shahril tu..jumpa disana bro

Anonymous said...

Seronok btul baca citer uolls kat Galing Kem. Rindu rasanya kat tempat tu. Kitorg dulu duk kat Block A4-G33.. Rumah tepi padang.. Tp, masa tu kecik lg. Susah nk ingat org2 yg ditinggalkn di sana. Paling ingat pun my best friend, Nita anak pakcik Rahmat & Kak Mimi ank makcik Zie..yg lain langsung x ingat.. Mana xnya, dh 25thn tinggalkn tempat tu..Apapun, bangga dgn tempat tu.. Tempat sy dilahirkn...

Unknown said...

au duduk galing kem dari lahir (lahir pon dlm kem) hingga tahun 2003
mmg galing kem tempat yg paling best kalau nak bandingkan dgn tempat lain...