Saturday, November 27, 2010

Dinding fesbuk

Anda sering tiada idea nak conteng kat wall fesbuk anda?
Kurang mendapat perhatian dari kawan2 fesbuk?
Berikut adalah contoh2 apdet wall status yang anda boleh pakai....

1. "Senak perut la, kentut kat sini kenkawan fb leh bau tak?"
2. "Makan megi mentah di kala ujan cenggini heaven jugak..."
3. "Kalau gua jutawan, gua nak bunuh Mark Zuckerberg"
4. "Saya suka kamu...ihik"
5. "Emmm, KLCC ke balak dowh?"
6. "Takde idea la nak tulis apa, ada sapa2 boleh tolong?"
7. "Jumpa anda di puncak kejayaan...yeahh"
8. "Baru kehilangan RM5 dari dompet, makhluk asing curi kot"
9. "Elehh...aku pun terer gak"
10. "Siapa nak ikut dia terjun bangunan?"

Ada berjuta lagi contohnya...(bayor la gua sejuta dua kalau nak, ok), cukup la disenaraikan
10 yang di atas sebagai panduan.

Sedikit tips, pastikan ayat2 anda berbaur sangap, ada sedikit provokasi, bombastik,
selitkan unsur pertanyaan sekali sekala, tonjolkan kepoyoan anda, ada unsur2 manja
dan mengada2...

Boleh???

Sunday, November 21, 2010

Grafik ke?



Saja bermain-main dengan photoshop...hajat di hati nak buat grafik untuk website.
Camna ntah leh edit gambo ni plak...
seperti biasa, projek grafik terus menjadi...merapu!!!

Saturday, November 13, 2010

Semalam yang hangit

Saya minat grafik...
baru minat sebenarnya, saya pun petik satu edobpotosyop portable software kat hotfile seacrh engine. Saya sungguh bernasib baik sebab tidak terpesong jauh dalam pencarian saya tu...hotfile mahupun rapidshare serta sekutunya yang lain ni...kalau kita cari apa2, dia memang cenderung list kan menda2 lucah dahulu sebagai keutamaannya.
Entah kenapa saya merajuk dengan pakcik gugel hari tu sehingga saya tak mau pakai khidmat pakcik gugel...
Dengan kelajuan hampir menyamai kapcai ex5 saya, saya pun berjaya mendonlod perisian tersebut ke dalam cakera keras kompiter saya yang bersisa beberapa gik lagi tu...

Saya minat movie...
minat donlod movie yang paling tepatnya. Sebab dalam 5 buah movie (hello...movie yang tayang kat panggung wayang tu, bukan blue tau...), saya cuma tengok satu je. Tu pun tak abis...movie yang lain2 tu saya peram dalam cakera keras luaran dan juga dalam cakera keras kompiter saya... Obses mendonlod movie ni rupanya membawa kepada kepuasan kesuksesan memuat turun...setiap link yang berjaya di muat turun boleh membuatkan saya berkata owh yeahhs...seronok!

Saya minat software...
setakat ni, dalam folder "my software" saya sudah mencapai tahap "minta ampun, tolong delete arr". Macam2 software saya install dan simpan pulak dia punya file installer tu...


Kesudahannya....
saya pun berkata lembut kepada kompiter pra-purba saya "celaka...heng pulok menatang ni!"





moral: jangan lakukan perbuatan tak bermoral terhadap perkakasan kompiter anda...huh

Thursday, November 11, 2010

Asal hujan di bulan 11




Asal bulan November...ingat solo lagu ni, asal ingat solo lagu ni...ingat bulan November...asal ingat hujan, ingat November...asal ingat November, ingat hujan...asal hujan, lapor!!

Hah...tu dia yang sebenar benarnya! Gua lapar sekarang ni ok....

Wednesday, November 10, 2010

Kenapa?

Kenapa aku tanya soalan kenapa ni?
Kenapa Sahar Musang dah ada fb? (wa caya lu bro)
Kenapa dalam blog ni aku pakai ganti nama gua lu?
Kenapa aku tak dapat pegi reunion x-galing kem tempoh hari?
Kenapa aku jarang apdet blog?
Kenapa aku kena keje kupu2 syif malam?
Kenapa dia kaya?


Ada lagi 16,000 soalan berbentuk kenapa ni...tapi kenapa perlu aku list kan semua???