Friday, January 8, 2010

Lupa

Gua resah je dari pagi tadi...kenapa entah...
mungkin kesan dari azam baru gua yg kononnya mahu menjauhkan diri dari asap/tar/nikotin dari brand terkemuka antarabangsa mahu pun yang seberang punya cap.

Gua buat urusan online juta2 banking tadi yang mana memerlukan henpon sebagai pengantara nombor sekuriti. Gua tekan link request TAC...dengan tenang gua taip data2 yang perlu sementara nombor TAC masuk menyelinap ke kotak mesej henpon gua.

Agak lama jugak gua tunggu poket vest gua bergetar sambil mengeluarkan bunyi tone lagu ntah apa2 tu...yg mana menunjukkan satu teks mesej akan masuk dari server bank tu.

Haram!!! Gua tak bawak henpon gua hari ni...gua terlupa.....baru gua teringat masa kalut2 pagi tadi, gua letak dua puluh henpon gua atas meja kecik kat rumah gua. Arghhhhhh...kensel program bisnes juta2 hari ni.









nota ujung: sebelum gua lupa lagi, gua harus cabut segera dari sini sebelum gua kantoi sembahyang jumaat....

No comments: