Kem Bukit Galing, Kuantan, Pahang....tempat kencing berak gua dari kecik kecik budak membawa ke umur 21 tahun sebelum ayah gua berpindah ke Kuala Terengganu pada tahun 1995 kalau gua tak silap. Kem polis hutan tersebut meninggalkan 1001 memori kat gua. Teringin jugak sekali sekala gua nak menjejakkan kaki ke sana tengok tempat tempat bersejarah gua dan kawan kawan gua bergelumang masa dulu dulu.
Nama nama member dan budak budak Galing Kem yang gua kenal dan cukup legend masih terpahat kemas di bucu kiri otak gua. Sekali teringat, boleh bawak senyum dan mengekek sorang sorang jugak. Entah apa cerita dia orang, lama sungguh tak jumpa. Ada la 3 ke 7 kerat yang masih gua kontek helo helo mesej mesej....yang lain entah ke mana perginya.
Tinggal dalam komuniti anak anak polis ni memang lain macam seronoknya. Geng geng sebaya tu agak ramai. Macam macam pe'el. Semua berat kepada perkara tak senonoh. Kalau main apa apa, tak ingat dunia. Yang best, permainan ikut musim. Bermula dengan main guli, main tepuk tepuk daun kad, main laga
spider....tengok
spider siapa yang
king, polis sentri yang kena nyanyi sebelum main untuk tentukan geng masing masing....lirik dia lebih kurang gini,
"polis sentri, one two jaga...polis mati, pencuri jaga". Main bola tin, main layang layang....biasanya hujung tahun budak budak semua obses main layang layang buatan sendiri, tali pakai benang jahit mak. Kalau jenis mak nya tak reti menjahit, terpaksa beli sendiri benang kat kedai.
Dah besar sikit.....main gitar sambil hisap rokok sembunyi sembunyi, main golf....huh, jadi kedi sebenarnya. Macam macam lagi la jenis permainan yang hampir semuanya melalaikan umat manusia jika dimainkan pada waktu ini. Port tempat main akan jadi sunyi sepi kalau kat tv masa tu ada tayang cerita "hayata become otromen".....ah, tu standard!
Sekeliling kem tu, ceruk mana gua tak pernah pegi. Habis semua gua jelajah ikut kawan kawan yang otai sikit dari gua pada masa tu. Paling happening, ada port mandi mandi. Ada dua tempat,
air keruh ngan
peta. Kolam air keruh atau nama rahsianya AK tempat gua mula mula belajar berenang. Tempat 1st time gua merasa pengalaman lemas telan air blurp blurp....air dah le bau hanyir, keruh kaler neskepey susu, banyak tunggul kayu dan dasar dia berselut. Lokasi dia pulak jauh dari kediaman manusia di hujung hujung kem sana. Kalau mak bapak masing masing tau
wi'ols pergi sana, boleh membawak hukum kena halau dari rumah. Tak pikir pasal bahaya langsung.
Kolam
peta pulak, kawasan air terjun kecik terbentuk secara semulajadi hasil gelinciran glasier pada zaman ais agung barangkali. Dia punya bentuk hampir serupa ngan peta semenanjung. Kedalaman "hampus" sesuai untuk aktiviti ekstrem seperti menyelam tengok labi labi atau udang putih celah batu. Kapasiti maksimum 4 orang saiz umur 12 tahun je boleh duk dalam kolam peta tu. Kena ikut turn la kalau pegi ramai ramai.
Siapa siapa pun, kebanyakan kenangan masa bebudak dulu memang cukup manis kan. Duk pikir nak main je....takde langsung nak pikir jadi jutawan atau angkasawan. Antara nama bebudak galing kem yang buat gua tersenyum sendiri bila teringat:
Sahar Musang, adik beradik Azam n Nizam Burn, Sham Jalil, Wari aka Erry, Azan, Joe Kucing, Joe roti canai, Mie Pendek, Mie Kepala Besar, Mie Vokay, Ali aka Ronnie, Samsul Majid air aka Albert de Destroyer, Shahril anak pegawai, Abon anak pegawai, Aneh, Pai, Edi Norzamri, Esot, adik beradik Sazian n Erri n Jedi, adik beradik Mer n Meli, Udin Sagat, adik beradik Lan n Usop, adik beradik Yusman kunta kinte n Aman, Ije, Amir Ghaib, Atan Kerengge....owhhh, ramai...ramai lagi.....
Kalau berjumpa lagi ramai ramai dia orang tu sekarang ni....sahih 3 hari 3 malam tak abis cerita. Dan juga, kalau ada siapa siapa yang terbaca blog gua ni mengenali gua dan masih tak malu mengaku dia asal dari galing kem, boleh la kontek gua segera. Gua cadang nak buat re-union kat stadium bukit jalil, tak pun kat stadium darul makmur kat kuantan nun.....grand bukan?
nota hujung: al-fatihah buat kawan sepermainan gua masa kat galing kem dulu, arwah Zaini yang meninggal dunia 2 hari lepas akibat sakit jantung.