Monday, August 16, 2010

Fesbuk punya angkara...

Baru2 ni, fesbuk banyak ketemukan gua ngan member2 lama Galing Kem gua....
antaranya Sahar Musang, Aziz Uban, Billy aka Lin Patah, Mat Yus (usop), Yus Mat Adam,
Jazmi Jabar, Jasmi Mat Sejuk, Din Zimbo yg skrg dikenali ngan Din Senahu?, Jedi, Sharil Lobo,
Lan Laksam dan ramai lagi la....otai2 yg gua tak berapa kenal pun ramai kat fesbuk tu...

Satu lagi pencapaian gua di fesbuk, gua dah berenti main farmville sejak 3 minggu lepas....err,
baru tadi je masuk jenguk2 apa yg patut. Main game di fesbuk memang melalaikan. Projek
gua byk tergendala angkara ni...hilang fokus, orang2 berjaya cakap gitu...

Dan satu lagi angkara fesbuk yg tak kurang durjananya adalah...

* * * * * * * * * *

....dah lama gua tak apdet blog gua!

Friday, May 28, 2010

Langkah pengaktifan 2...

Last gua apdet entri adalah lebih kurang 2 bulan yang lepas....


Dah pukul 2 pagi.....emmm, gua harus tido dulu.....
bukankah malam ni malam jumaat?












nota hujung: dah ramai member2 lama galing kem ada kat grup fesbuk rupanya......

Wednesday, March 3, 2010

Hari2 mau....

Agak hype tajuk entri gua kali ni....tak de apa2 pun.....saje je....

Gua nak balik dah, karang hujan turun....gua jugak yang susah.

Wednesday, February 3, 2010

Langkah pengaktifan

Hari ini gua sedikit rajin. Sebelum bukak emel awal pagi tadi, gua bukak blog gua dulu. Gua nampak template blog gua macam berada dalam zaman kegelapan...jadi gua tukar template baru.

Blogger2 di luar sana, jangan la cuba membuat bangang klem gua tiru stail blog lu orang ye. Dengan pilihan template yang agak minimum dalam option setting tu, sudah tentu akan wujud sedikit persamaan antara blog orang lain ngan blog gua.

Yang pasti, dalam masa terdekat ni...gua tak bercadang nak tutup blog gua ni lagi. Kalau tutup pun, gua akan gantikan dengan blog yang berkonsep lebih dewasa dan serius...dan mungkin akan diselitkan dengan unsur2 promosi bikin MLM......ayarkkkkkkkk....watttaaaaaaaaa........

Thursday, January 28, 2010

..... (tajuk pun gua malas nak pikir...)

Gua tengah berkira-kira nak tutup sahaja blog gua ni. Gua dah tak ada motivasi langsung untuk menulis di ruangan blog gelap merapu gua ni....(yang sebenarnya gua malas sungguh nak apdet!).

Jika di lihat entri sebelum ni pun, banyak unsur-unsur kemalasan yang gua terapkan dan tanamkan dalam minda pembaca blog gua yang berjumlah sifir 1 tersebut. Ini tidak baik untuk kesihatan minda dan aura negatif akan mudah merembes....

Nak juga gua jadikan blog gua sebagai diari tempat gua luahkan segala isi hati....tapi...ah, malas la nak cakap.....






nota hujung: moga gua tak bermalasan dengan projek biz gua nanti....gua nak jadi kaya, gua dah penat jadi miskin serba sederhana...siyessss!!!

Thursday, January 14, 2010

Borak borak

Beberapa bulan yang lepas gua ada jumpa kawan lama.


Gua borak borak, sembang sembang, kutuk kutuk, baca doa makan dan minum minum.
Sekitar lingkungan 45cm sekeliling kami dibasahi tempias air liur. Jika kena gaya sudut dan pencahayaan kat tempat kejadian tu, boleh terbentuk sebuah pelangi mini yang memaparkan 7 warna berlainan. Huh...


Pum pam pum pam, zass zasss and zasssss, kruk krak kruk krak...begitu rangup sekali acara perborakan kami.


Kesudahannya....kami balik. Takde apa apa input bermakna dan tiada juga moral yang boleh di ambil iktibar. Duit apatah lagi....abis duit pasal belanja dia ada la.


Owhh, cuma satu pengajaran yang boleh di ambil. Gua sudah rumuskan serta membuat perkiraan kalkulus mudah dalam minda gua;
"Jangan mengada-ngada klem bekas upline MLM lu yang dulu dulu dalam setahun tu, 7~8 bisnes dia promot kat lu...pastu jumpa kat mana mana lu ngaku dia kawan lama lu"







nota hujung : gua tak benci MLM...cuma menyampah kat orang yang salah pembawaannya...menyusahkan orang!
nota hujung 2: tak lepas2 lagi nak buat header baru untuk blog gua ni....nak tukar template pun tak tertukar2....haihhhh

Monday, January 11, 2010

Kisah dia

Dia malas.

Dia sedang bermalas-malasan.

Dia mahu sign out.







p/s: gua pun malas dengan dia ni...